PENAMPILAN MENCERMINKAN DIRI !!
WALAUPUN KECANTIKAN AMAT PENTING BUAT SEORANG WANITA..
NAMUN PENAMPILAN SEKSI ADALAH TIDAK SESUAI BAGI KITA YANG TELAH DI DIDIK DARI KECIL DENGAN PEGANGAN AGAMA.. TETAPI SUDAH BESAR.. APA YANG DULUNYA MENJADI MAHKOTA YANG AMAT BERNILAI UNTUK DIJAGA RAPI TETAPI KINI.. DIBIARKAN DILIHAT.. DITONTON OLEH SESIAPA SAHAJA..
BAJU NIPIS MENEMBUSI PANDANGAN..
Oh, pasti ada yang gemar memakai pakaian nipis. Di tambah pula dengan pakaian dalam yang berwarna terang! Nak tunjuk pada siapa sebenarnya? Cubalah jangan berpakaian sebegini. Jangan sampai orang silap tengok kamu sebgai perempuan murahan ya!
STRAPPY HEELS BERTALI TINGGI
hah. kamu nak ke mana tu?? nak ke majlis makan malam atau ke kelab malam? ada juga yang berani memakai stappy heels bertali tinggi dengan skirt yang terlau pendek. sudahnya pasti kamu akan menjadi perhatian. Pakailah kasut yang sesuai agar kamu lebih nampak anggun.
SKIRT YANG TERLALU SINGKAT
wah, dari jarak sebatu lagi orang lain boleh perasan kedatangan kamu. Bukan kerana kamu itu sangat menawan tetapi terkejut dengan skirt kamu yang terlalu pendek itu! Nanti kamu sendiri yang tak selesa dan tertarik-tarik skirt itu untuk menutup paha mu. Siapa yang malu?
BAJU BERBELAH DI DADA
kamu mengharap akan ada aura seksi jika berpakaian begini? Mungkin sebelum melangkah keluar bilikmu, fikirkan kembali ke mana arah tujuanmu. Tak perlulah nak menunjukkan dadamu. Silap-silap, bila kamu tertunduk-tunduk di kelas ada pula lelaki lain yang ambil peluang menyaksikan 'pertunjukkan percuma'. Tak malu ke??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.