Selasa, 2 Oktober 2012

TIDUR LENA, Badan sihat..

Menurut National Sleep Foundation (NSF), tidur memainkan peranan penting jika seseorang individu inginkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Namun yang demikian, berjuta-juta orang tidak mendapat tidur yang cukup dan ramai yang menderita kerana kekurangan tidur. Kita sering mendengar kata-kata  seperti:
"Semalaman tak cukup tidur tak mengapa, saya akan gantikan tidur saya hari Ahad nanti...."
atau "Ia hanyalah tidur, hal ini lebih penting...."

Fikiran seperti ini pada dasarnya bermasaalah. Jika kita memandang ringan pada kepentingan tidur, kita akan menyesal pada suatu hari nanti. Di samping mengejar kekayaan, kita tidak harus mengabaikan keperluan asas badan ini. Jika kualiti tidur tidak dijaga dalam tempoh masa yang berpanjangan, kesihatan badan pasti akan terjejas, mahupun mendatangkan kematian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.