Selasa, 2 Oktober 2012

Orang Nombor Satu

Dikenali sebagai Pemimpin Semulajadi
  • suka membuat program baru / pembaharuan / revolusi baru
  • seorang yang bijak
  • suka memperhatikan orang, menganalisa orang lain
  • kalau orang tidak mengenalinya, orang akan menganggap dia seorang yang sombong, sebab kalau dia suka.. dia akan suka tetapi kalau dia tak suka, dia tak suka lah..
  • sentiasa berfikiran positif, terlalu positif
  • seorang yang berani dan pantang dicabar 
  • sangat mempercayai bahawa dia akan berjaya atas usahanya sendiri
  • mempunyai sikap sukar untuk mempercayai orang lain
Sikap negatif yang perlu dikawal dan ia adalah salah satu kelemahan orang yang mempunyai nombor satu ini :
  • mempunyai keegoan yang sangat tinggi
  • sikap keras kepala dan sentiasa nak menang
  • mudah merajuk, terasa hati
  • seorang yang tidak pandai menjaga perasaan orang lain
  • terlalu berterus terang tanpa memikirkan pasal orang lain
  • merasakan dirinya sempurna
Nasihat untuk orang nombor Satu:
  • kena banyak belajar menghargai orang lain
  • belajar untuk melafazkan kasih sayang
  • cuba bertolak ansur dengan orang lain
siapakah orang2 yang ada nombor satu?
  • yang lahir pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb,
  • yang lahir pada bulan Januari, Oktober

TIDUR LENA, Badan sihat..

Menurut National Sleep Foundation (NSF), tidur memainkan peranan penting jika seseorang individu inginkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Namun yang demikian, berjuta-juta orang tidak mendapat tidur yang cukup dan ramai yang menderita kerana kekurangan tidur. Kita sering mendengar kata-kata  seperti:
"Semalaman tak cukup tidur tak mengapa, saya akan gantikan tidur saya hari Ahad nanti...."
atau "Ia hanyalah tidur, hal ini lebih penting...."

Fikiran seperti ini pada dasarnya bermasaalah. Jika kita memandang ringan pada kepentingan tidur, kita akan menyesal pada suatu hari nanti. Di samping mengejar kekayaan, kita tidak harus mengabaikan keperluan asas badan ini. Jika kualiti tidur tidak dijaga dalam tempoh masa yang berpanjangan, kesihatan badan pasti akan terjejas, mahupun mendatangkan kematian.


Kulit Cantik Rahsia Peribadi WANITA

"Kecantikan rupa paras serta kulit amat penting kepada setiap wanita yang mementingkan penjagaan dan penampilan menarik setiap hari.

kini perbagai cara boleh dipraktikkan untuk memperbaik pulih kulit anda agar kelihatan menawan. Bukan sahaja kecantikan luaran sahaja perlu dijaga, kecantikan dalaman juga amat penting sekali. anda perlu memotivasikan diri agar sentiasa cantik dari segala aspek agar kehidupan seharian dapat diteruskan dengan lebih yakin.