PENAMPILAN MENCERMINKAN DIRI !!
WALAUPUN KECANTIKAN AMAT PENTING BUAT SEORANG WANITA..
NAMUN PENAMPILAN SEKSI ADALAH TIDAK SESUAI BAGI KITA YANG TELAH DI DIDIK DARI KECIL DENGAN PEGANGAN AGAMA.. TETAPI SUDAH BESAR.. APA YANG DULUNYA MENJADI MAHKOTA YANG AMAT BERNILAI UNTUK DIJAGA RAPI TETAPI KINI.. DIBIARKAN DILIHAT.. DITONTON OLEH SESIAPA SAHAJA..
BAJU NIPIS MENEMBUSI PANDANGAN..
Oh, pasti ada yang gemar memakai pakaian nipis. Di tambah pula dengan pakaian dalam yang berwarna terang! Nak tunjuk pada siapa sebenarnya? Cubalah jangan berpakaian sebegini. Jangan sampai orang silap tengok kamu sebgai perempuan murahan ya!
STRAPPY HEELS BERTALI TINGGI
hah. kamu nak ke mana tu?? nak ke majlis makan malam atau ke kelab malam? ada juga yang berani memakai stappy heels bertali tinggi dengan skirt yang terlau pendek. sudahnya pasti kamu akan menjadi perhatian. Pakailah kasut yang sesuai agar kamu lebih nampak anggun.
SKIRT YANG TERLALU SINGKAT
wah, dari jarak sebatu lagi orang lain boleh perasan kedatangan kamu. Bukan kerana kamu itu sangat menawan tetapi terkejut dengan skirt kamu yang terlalu pendek itu! Nanti kamu sendiri yang tak selesa dan tertarik-tarik skirt itu untuk menutup paha mu. Siapa yang malu?
BAJU BERBELAH DI DADA
kamu mengharap akan ada aura seksi jika berpakaian begini? Mungkin sebelum melangkah keluar bilikmu, fikirkan kembali ke mana arah tujuanmu. Tak perlulah nak menunjukkan dadamu. Silap-silap, bila kamu tertunduk-tunduk di kelas ada pula lelaki lain yang ambil peluang menyaksikan 'pertunjukkan percuma'. Tak malu ke??
Selasa, 2 Oktober 2012
Orang Nombor TIGA
Apa yang boleh dikatakan tentang orang nombor tiga nie.. seorang yang Aktif dan tak reti duduk diam selain itu..
- Apabila dia membuat kerja sememangnya cepat tetapi tidak sempurna
- seorang yang mudah dikenali dan mudah menjadi popular
- seorang yang suka mengembirakan orang lain
- seorang yang mempunyai mulut yang agak 'laser' bila bercakap
- seorang yang mempunyai keinginan yang agak tinggi
- seorang yang fleksibel.. boleh menyesuaikan diri di mana sahaja dia berada
- seorang yang mudah 'excited' tetapi mudah bosan melakukan sesuatu
- seorang yang mempunyai masalah 'fokus' dalam melakukan pekerjaan
- seorang yang suka mengikuti edaran perkembangan semasa
- seorang yang mempunyai daya kreativiti yang amat tinggi
- seorang yang suka mengkritik
- seorang yang panas baran
- seorang yang suka 'control' atau mengawal
- orang2 yang lahir pada tarikh : 3hb, 12hb, 30hb
- orang2 yang lahir pada bulan : March & December
Orang Nombor Dua
Seorang yang mudah Confuse.. contoh ayat yang menunjukkan orang nombor 2 nie.. Jangan tanya pada dia "Kenapa siput babi berjalan perlahan?" Dia juga confuse yang dia tu babi @ siput.. ini perumpaan yang menunjukkan sikap Nombor 2 yang sukar untuk membuat keputusan. antara sikap lain orang nombor 2 adalah :
- mudah keliru dan mengambil masa untuk membuat keputusan, keputusannya perlu ada bantuan daripada orang lain untuk membuat keputusan.. cthnya : "jangan tanya dengan orang nombor dua... "Ko nak makan mee goreng ke nasi goreng?" nanti dia tak tahu nak jawab ape...
- Jangan Beri dia buat pilihan
- Seorang yang tidak tetap keputusan, bila2 masa sahaja dia boleh tuko apa yg dia telah putuskan..
- Sangat menyukai kepada kejujuran, kepada yang kurang jujur tu.. sebaik2nya jauhkan diri daripadanya.. kerana dia memang tidak menyukainya..
- Menyukai kepada kebersihan walaupon dia bukan lah pembersih sangat tapi kebersihan memang buat dia rasa selesa sesangat
- Dia mempunyai hati yang sangat2 sensitif
- Seorang yang sangat2 kuat cemburu
- Sekiranya dia seorang isteri, dia merupakan seorang isteri yang sangat memahami, very understanding gitu..
- Mudah bercakap dengannya.. kerana dia mudah faham apa yang diberitahu kepadanya.. senang kata, tahap kefahamannya memang tinggi
- Selain itu, orang nombor dua nie mempunyai tahap kesabaran yang tinggi jugak.. sehinggakan orang boleh mempergunakannya
- Seorang yang suka bersimpati dengan orang lain dan mempunyai hati baik sdn bhd.
- Seorang yang mudah memaafkan orang lain
- Sikapnya yang lembut, membuatkan dia mudah ditipu oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab.
- Orang nombor dua nie adalah seorang yang pemalu
- Apabila dia mengalami kekecewaan, dia akan bermurung sehingga ke tahap yang maximum.
- Seorang yang mudah berkawan dengannya dan mudah mendapat kawan
- Anda yang lahir pada 2hb, 11hb, 29hb
- Bulan kelahiran.. Februari dan November
Langgan:
Catatan (Atom)