Isnin, 1 Oktober 2012

WALAU JAUH HATIKU TETAP PADAMU..

Allah swt berfirman yang bermaksud:
"dan Dia menyempurnakan untukmu nikmat-Nya zahir dan batin."
termasuk nikmat khusus dan yang umum, berkaitan dengan urusan dunia dan akhirat, keluarga, harta, dan yang berkaitan dengan potensi, jiwa dan raga. [surah Luqman, ayat 20]

singkirkan perasaan ragu-ragu anda dalam perhubungan jarak jauh walaupun sudah mengikat ikatan sebagai suami isteri. Usah biarkan diri anda dibelenggu dilema negatif ini.

Keyakinan dan kesetiaan pada pasangan perlu dipertingkatkan dalam usaha mengeratkan perhubungan suami isteri. Status 'hubungan jarak jauh', seorang di selatan dan seorang lagi di utara, atas tanggungjawab kerja yang dijalankan bukanlah penyebab utama untuk anda berlaku curang!!

Sebaliknya, ketahanan diri, kesetiaan serta kejujuran dalam perhubungan adalah penting untuk memiliki minda positif yang seterusnya mengeratkan perhubungan yang mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.