Khamis, 20 Disember 2012

Kekayaan Adalah Satu Keistimewaan atau Hak Yang Layak Diterima ?

Orang biasa mempunyai satu pemikiran bahawa kekayaan adalah satu keistimewaan untuk orang tertentu atau istimewa. Mereka menganggap mereka yang istimewa ini tergelincir dan jatuh dalam kekayaan secara kebetulan.
Semua orang yang menjadi kaya dianggap sebagai mereka yang bertuah. Jadi bagi orang biasa untuk menjadi kaya, mereka juga perlu mencari tuah ini.

Sebab itu orang yang biasa dan miskin ini berusaha setiap hari dengan membeli nombor ekor, dengan harapan tekaan mereka akan mengena suatu hari nanti dan mereka juga akan menjadi kaya.

Membeli nombor ekor ini adalah satu jenis ketagihan yang sama seperti ketagihan dadah. Apabila si pembeli membeli nombor ekor, dia akan dalam khayalan dan impian, “Apa akan jadi jika tekaan nombor ekor aku mengena ???”

Soalan ini akan diulang-ulang dan dia akan rasa bahagia….

Apabila keesokkanya melihat kepada keputusan yang kebarangkalian besar tidak mengena, dia akan menenangkan dirinya dengan berkaya, “Alah, rugi beberapa ringgit saja.. bukan banyak pun”

Jika bagi orang miskin, menjadi kaya dan kekayaan adalah satu keistimewaan, bagi orang kaya, kekayaan adalah satu HAK.

HAK bermaksud, sesuatu yang mereka layak dapat kerana mereka telah memberi sesuatu yang sepandan dan setanding dengan wang yang mereka dapat.
Sedang orang miskin menonton TV dan melayari internet, orang kaya sedang bekerja untuk mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat. Mereka menyelesaikan masalah ini dan sebagai pertukaran mereka mendapatkan wang yang setimpal.

Orang miskin bukanlah tidak mahu menjadi kaya. Mereka ingin menjadi kaya, namun mereka tidak percaya bahawa seseorang itu mampu menjadi kaya dengan usaha semata-mata. Mereka menenangkan hati dengan berkata, untuk menjadi kaya anda perlu mempunyai bakat, kemahiran dan kebijaksanaan yang luar biasa.

Sudah tentu ini tidak benar. Kita dapat lihat di dunia kita, orang kaya dan orang miskin biasanya mempunyai bakat, kemahiran dan kebijaksanaan yang sama.
Jadi menjadi kaya bukanlah satu keistimewaan tetapi ia adalah suatu hak anda apabila anda menyelesaikan masalah orang lain atau memberi kemudahan dan kebahagian kepada orang lain. Sebagai ganti, anda dapatkan duit ini dari mereka.

Sebab itu Islam hanya tetapkan nilaian zakat sebanyak 2.5 % daripada jumlah keseluruhan pendapatan anda sebagai hak orang miskin. Ini menunjukan bahawa nilai 97.5% itu adalah HAK ORANG KAYA dan bukan keistimewaan mereka.

Jika anda juga ingin menjadi kaya, fokuskan segala tenaga dalam otak anda untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjadi kaya. Hadirkan diri di mana-mana kursus keusahawanan, cari kawan-kawan di kalangan mereka yang berniaga dan cuba mulakan membaca buku-buku perniagaan yang boleh memberi inspirasi kepada anda.

(Jangan sekali-kali menghadirkan diri ke kursus mengarut yang mengajar anda mengenai rahsia tarikh lahir dan unsur-unsur dalam diri anda)

oleh Norita Abdul Hamid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.