Khamis, 20 Disember 2012

Penolakan... Alah Bisa Tegal Biasa

Seorang jurujual dari Syarikat Helang Menangis sedang membuat pembentangan kepada prospek. Selepas 1 jam membuat pembentangan produk kepada prospek...

Jurujual: Jadi, Encik ingin beli?

Prospek : Tak mahulah.

Jurujual: boleh saya tahu kenapa, encik?

Prospek : Kenapa awak hendak menyibuk pula? Ini hak saya sama ada saya ingin membeli ataupun tidak.

Jurujual : Bukan begitu, encik. Saya tidak mempertikaikan hak encik. Saya cuma ingin tahu sebab-nya supaya saya boleh memperbaiki prestasi saya pada masa depan.

Prospek : Tidak perlu lah. saya tiada apa-apa sebab. saya memang tidak mahu membeli daripada awak. Saya tidak suka awak!

Jurujual : Kalau begit, tidak mengapalah, encik. terima kasih.

Si jurujual berasa kecewa. tiba-tiba, kelihatan seorang pemuda yang segak memandang tepat ke arahnya. "Mungkin dia ingin membeli?" hati jurujual tertanya-tanya. sinar harapan kembali menghiasi jiwa si jurujual.

PENGAJARAN
Jadi, apakah erti penolakan? Penolakan atau rejection berlaku apabila pelanggan atau prospek enggan membeli barangan dan perkhidmatan saudara. Jurujual dalam dialog di atas adalah contoh jurujual yang matang. Walaupun ditolak dan juga dimarahi, dia tetap tenang dan melayan pelanggannya dengan sopan. Dia berjaya menerima penolakan dengan baik. Dalam kes yang lebih teruk, pelanggan langsung tidak mahu mendengar penerangan kita. Apakah perasaan anda apabila mengalami penolakan? Sudah tentu anda berasa kecewa, bukan? Jangan terlalu risau...

Penolakan adalah perkara biasa dalam jualan, terutama apabila kita baru mula menceburi bidang jualan. Apa yang penting adalah anda perlu tabah dan menganggap penolakan sebagai pendorong bagi mencapai kejayaan dalam kerjaya jualan. Belajarlah daripada pengalaman itu supaya anda boleh meningkatkan kemahiran menjual. cara yang boleh dilakukan supaya anda mendapat manfaat daripada penolakan yang dialami adalah dengan bertanya soalan-soalan berikut:

1. Jika saudara tidak membeli daripada saya, daripada siapakah saudara membeli produk X? Mengapa saudara membeli daripada mereka?

2. Apakahan yang boleh saya lakukan di masa hadapan supaya saudara membeli daripada saya?

3. Apakah langkah-langkah yang boleh saya lakukan bagi memperbaiki perkhidmatan saya (secara keseluruhan)?

Tiga soalan ini boleh ditanya selepas penolakan berlaku. tetapi sebelum menanyakan soalan itu, pastikan prospek benar-benar menolak. Apabila anda mengalami penolakan, katakan pada diri sendiri, "Tidak mengapa, jika dia tidak mahu, ramai lagi yang mahu." Teruskan perjuangan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.