Isnin, 12 November 2012

Oh Mama, Saya Mahu Kahwin !!

"Barangsiapa yang mampu berkahwin tetapi tidak berkahwin, maka dia bukan dari golongan-ku" (Hadis direkodkan oleh Imam Thabrani dan Imam Baihaqi)
 Perkahwinan itu adalah fitrah yang normal sebagai seorang manusia. Mahu mempunyai zuriat.
Mahukan hubungan kelamin dan seterusnya. malah kajian-kajian orang Barat mendapati pasangan yang berkahwin lebih mudah berjaya dari sudut kewangan, berbanding dari mereka yang masih bujang.

Nabi Muhammad saw sendiri adalah orang bisnes pada zaman sebelum menjadi Rasul dan berkahwin dengan jutawan pada zamannya, Sayyidatina Khadijah seterusnya terus berjaya mendapat gelaran al-Amin (pangkat seperti Dato/Tan Sri/Tun) oleh masyarakat Mekah ketika itu.

Hadis lain juga ada menyebut faktor harta menjadi sebab seseuatu perkahwinan. maka jika kita mendapat pasangan yang menjaga agama, cantik, keluarga yang baik-baik dan berharta maka kita mendapat kombinasi yang paling lengkap.

Ulama menyebut 4 perkara di atas sebagai faktor sekufu atau secara mudahnya sama taraf. faktor agama adalah yang terbaik tetapi kombinasi agama, dan 3 faktor yang lain adalah jauh lebih baik.

5 Perkara Sekufu Dari sudut Harta
Berikut adalah 5 perkara mengenai sekufu dari sudut harta yang kita perlu lakukan dalam proses perkahwinan seterunya dapat mengelakkan beban hutang perkahwinan selepas menjadi raja sehari.

#1 - Minda Financial Freedom
Kita dan pasangan perlu sama-sama mempunyai misi mencapai financial freedom (bebas wang). Perkara ini adalah amat penting kerana apabila sudah berkahwin banyak perbelanjaan rumah tangga perlu dikongsi bersama.
Perbelanjaan rumah, kereta, percutian, anak-anak dan seterusnya. Satu soalan penting yang dapat kita tanya adalah:
"Adinda, sudikah adinda menaiki kereta buruk berasap hitam dan berbunyi-bunyi terlebih dahulu, selama 7 tahun selepas tempoh perkahwinan kita?"
Lihat apa respon bakal pasangan kita. Sekiranya pasangan kita tidak kisah tentang kelihatan "miskin" dalam tempoh 5 hingga 7 pertama perkahwinan, maka kita dapat terus ke 4 perkara yang lain.

#2 - Sederhana Dalam Kenduri
Dalam urusan perkahwinan, kita kurang memikirkan "Aku tidak mempu," tetapi minda kita menjadi "Bagaimana untuk mampu?". Justeru berhati-hati dan jangan mengikut emosi "Raja Sehari"
Betul, Nabi SAW sebut mengadakan kenduri perkahwinan adalah satu sunnah. buatlah walaupun sekadar menjamu seekor kambing. Dalam masayarakat Arab, jamuan seekor kambing adalah satu jamuan yang kecil.
Dalam masyarakat kita, seekor kambing dapat menampung kira-kira 40 hingga 60 orang tetamu. kenduri perkahwinan itu adalah sunnah. Namun membazir adalah amalan syaitan.

#3 - Mas Kahwin dan Hantaran
Salah satu rukun nikah adalah mas kahwin. Ia adalah hak sepenuhnya penganting perempuan. Berbincanglah dengan baik sesama pasangan.
Manakala yang menjadi bebanan khususnya di pihak lelaki adalah mengenai duit hantaran dan dulang-dulangnya. barangkali sudah masanya kita memperkenalkan budaya baru.
Apa kata kita meminta hantaran dibuat dalam bentuk simpanan emas, saham ayau saham amanah. Tidak ketinggalan perlindungan lengkap takaful.
Buku mengenai pengurusan kewangan, bisnes dan pelaburan atau pakej ke seminar-seminar berkaitan kewangan.
Perkahwinan adalah perjalanan yang panjang sampai ke syurga. Bukan hanya untuk satu hari. Salah satu punca kebahagian perkahwinan adalah bagaimana suami-isteri menguruskan pendapatan isi rumah mereka.

#4 -  Jangan Menggatal Kalau Tidak Berduit

Perkara kedua dan perkara ketiga adalah perkara yang berkaitan budaya masyarakat kita dan mengambil masa untuk berubah. Kita sepatutnya memudahkan proses perkahwinan dan bukan terikut-ikut dengan orang lain khususnya apabila melihat betapa 'glamour'nya kelompok artis berkahwin.

Tajaan bernilai jutaan ringgit. Hotel 5,6 bintang. hantaran berpuluh ribu ringgit. Sekiranya mampu tiada masalah.

Namun jika kita tidak tergolong dalam golongan yang mampu untuk berkenduri kendara seperti itu, maka mulalah menyimpan seawal mungkin.

Duit PTPTN misalnya bukan digunakan untuk membeli telefon bimbit, tablet, laptop yang paling canggih tetapi simpanlah sebahagiannya. jangan aniaya anak dara orang kalau sekadar mahu seronok berpacaran, tetapi dalam hati tidak ada niat untuk menikahinya secepat mungkin.

Ya, dalam kos perkahwinan hari ini mencecah RM20,000 hingga RM30,000 untuk perkahwinan yang biasa-biasa. Adakah membuat pembiayaan peribadi untuk perkahwinan dan ia hanya selesai selepas anak kita berumur 7 tahun menjadi pilihan utama?

#5 - Sewa Rumah Sahaja

Selain bersetuju untuk menaiki kereta buruk untuk tempoh 5 hingga 7 tahun pertama, pasangan kita juga patut bersedia untuk duduk di rumah sewa sahaja dalam tempoh tersebut.

Rumah sewa yang biasa-biasa sahaja, 3 bilik tidur dan dua bilik air. Apartment yang sekitar 1,000 kaki persegi sahaja luasnya. Kos memiliki rumah pertama hari ini adalah amat tinggi. Khususnya di lembah Klang. Rumah berharga RM100,000 memerlukan paling kurang RM20,000 tunai untuk membolehkan kita mula duduk (baca: deposit 10%, pasang gril dan kelengkapan asas rumah)

Rumah berharga RM200,000 memerlukan sekitar RM30,000 hingga RM40,000. Berbanding menyewa rumah, barangkali kita cuma perlu berbelanja sekitar 10 hingga 15% sahaja dari kos awal membeli sebuah rumah.
Tips Perancangan Kewangan -
layari : http://majalahniaga.com/ untuk mendapatkan informasi Usahawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.