Rabu, 21 November 2012

6 Tips Mencapai Matlamat Dengan Pantas!

Tip #1. Tulis Matlamat Di Atas Kertas
Saya sarankan anda menulis matlamat di atas kertas kerana tulisan tangan sebenarnya lebih memberikan kesan psikologi yang lebih tinggi kepada minda kita berbanding perkataan daripada komputer.
Jika anda suka kepada kepelbagaian warna, tulislah matlamat tersebut mengikut kreativi masing-masing. Lebih cantik matlamat tersebut, lebih senang untuk anda mengingatinya.

Tip #2. Letakkan Matlamat Di Tempat Mudah Di Lihat
Saya sentiasa sediakan satu papan khas di dalam bilik dan akan menjadikan papan tersebut sebagai papan Impian. Jika sehari saya tidak melihat dan membacanya, saya akan terasa satu kehilangan yang besar lebih-lebih lagi sumber motivasi kepada segala apa yang saya lakukan.
Anda boleh guna white board sebagai salah satu pilihan alternatif.

Tip #3. Baca Dan Ulang Matlamat Tersebut Berulang Kali
Saya akan pastikan matlmat yang saya tetapkan dibaca tidak kurang daripada 3 kali sehari. Setiap kali membacanya, saya akan menggambarkan di dalam minda separa sedar saya bahawa matlamat tersebut sudah pun tercapai dan saya amat gembira mengecapinya.
Anda perlu lebih kreatif setiap kali anda membaca matlamat tersebut.

Tip #4. Beritahu Orang Lain Matlamat Tersebut
Perkara paling sukar dan ternyata memberi impak yang paling besar adalah untuk menyatakan matlamat kita kepada orang lain.
Kadang-kadang saya pun malu untuk nyatakan matlamat saya kepada orang lain apatah lagi di tempat awam. Namun kini setelah menyedari akan keberkesanannya, saya dengan sengaja memberitahu kepada orang lain apakah matlamat yang saya ingin capai.

Tip #5. Percaya 100% Matlamat Itu Akan Berjaya!
Perkara yang perlu menjadi perhatian penting adalah anda perlu yakin dan percaya 100% bahawa matlamat itu akan membuahkan hasil. Jika anda masih berdolak-dalih bahawa matlamat tersebut seperti sesuatu yang mustahil, lebih baik anda berhati-hati kerana sikap berdolak-dalih itu tadi akan melambatkan proses sebenar anda mengecapi kejayaan.

Tip #6. Fast Action!
Ini adalah perkara yang paling mustahak dalam perjalanan anda mencapai kejayaan. Jika matlamat sudah tersergam indah namun anda masih lagi dibuai mimpi indah dan tidak bertindak pantas untuk merealisasikan matlamat tersebut, lebih baik anda tidak mempunyai matlamat langsung.

Anda wajib bertanggungjawab penuh terhadap segala matlamat yang telah ditetapkan.

Prinsip Bisnes & Kekayaan - Formula Azizan Osman

(Sepertimana yang diajar pada semua)


1. Matlamat utama bisnes BUKAN UNTUK KAYA RAYA banyak wang, tetapi MATLAMAT UTAMA bisnes adalah mencari redha Allah swt dengan membantu manusia lain yang mempunyai masalah untuk dapatkan produk atau perkhidmatan yang kita boleh bantu selesaikan.
2. Matlamat ke-2 dalam bisnes formula yang saya kongsikan adalah, berniaga untuk menggembirakan atau membahagiakan orang lain, mudah-mudahan dengan apa yang kita "beri" itu, akan dipandang Allah swt sebagai satu amalan (Perbuatan/ Tindakan) yang diredhaiNya dan dikasihiNya.
3. Matlamat ke-3 bisnes sepertimana yang saya kongsikan adalah untuk menyelesaikan masalah maslahah atau muamalat umat Islam. Anda nak boikot tak nak guna barangan yang menyokong zionis, itu bagus, tapi adakah pada masa yang sama anda sediakan penggantinya untuk umat Islam? atau adakah anda mula membeli barangan keluaran umat Islam? Adakah anda cari jalan dapatkan Bihun Sufi? Adakah anda cari jalan mengeluarkan produk makanan atau minuman Islam seperti HPA atau HR Marketing peneraju susu kambing dan produk muslim lain? Saya sendiri terlibat dengan syarikat muslim yang mengeluarkan produk-produk muslim dan over this 4 years, itu yang saya tunjukkan dan ajar, bagaimana orang Islam boleh berniaga dan pasarkan produk mereka tanpa bergantung banyak sangat kepada bukan Islam. sebab tu anda tak jumpa bihun sufi di pasaraya besar sana tu buat masa ni, ia dipasarkan melalui pengedar muslim seluruh malaysia, satu aspek ia sebagai peluang, satu aspek ia sebagai satu cara menguatkan ekonomi sistem pengedaran produk muslim. Anak murid saya ramai yang hari ini mengeluarkan produk muslim mereka dengan jayanya, dari ayam ke rempah kari, sayur ke cendawan, lembu ke udang, dari minyak petroleum ke kayu jati dan gaharu, dari emas ke perak..... walaupun ia belum menjadi satu kekuatan ekonomi besar hari ini, tapi percayalah sedikit sedikit, lama lama jadi gunung, belum ramai lagi pun yang dah hadir kelas saya samada percuma atau berbayar.
4. Matlamat bisnes ke-4 adalah untuk membina kekayaan supaya kita dapat capai TARGET ZAKAT PERNIAGAAN. Setiap hari jika anda tahu, banyak dana diperlukan untuk pembinaan masjid, sekolah agama, rumah anak yatim, untuk bantu Palestin dan Rohingya serta banyak sangat keperluan umat Islam terutamanya yang perlukan perhatian mereka yang menjadi MUSLIM YANG BERTANGGUNGJAWAB. Jika semua muslim yang berpendapatan gaji atau berniaga, menyumbang sedikit atau banyak kepada zakat dan mereka yang memerlukan, kita sebenarnya akan melihat betapa lebih kuatnya umat islam especially di Malaysia, ini especially those yang rasa selesa makan gaji dengan kerajaan, apa kata anda tolong kami dengan apa insentif yang ada untuk bantu usahawan muslim, tapi selama ni jika anda tak bantu, In shaa Allah, mereka ni berjaya juga, cuma ia adalah peluang untuk anda dapat saham akhirat dan keberkatan kerja anda. Wallahu A'la.
5. Matlamat bisnes ke-5, untuk penambahbaikkan kehidupan keluarga kita. Lebih kuat kewangan dan ekonomi anda, lebih mudah anda mempunyai pilihan untuk ada lebih masa dan beramal sebenarnya.
Itulah kesimpulan 5 asas formula serta matlamat bisnes yang saya kongsikan. Cuma berdasarkan pengalaman saya, semua ini lebih mudah tercapai jika anda ada mentor, mastermind group, ilmu, sistem atau strategi yang terbukti berjaya, kuasa tindakan yang luar biasa serta impian dan matlamat yang luar biasa jelas!

Isnin, 12 November 2012

Oh Mama, Saya Mahu Kahwin !!

"Barangsiapa yang mampu berkahwin tetapi tidak berkahwin, maka dia bukan dari golongan-ku" (Hadis direkodkan oleh Imam Thabrani dan Imam Baihaqi)
 Perkahwinan itu adalah fitrah yang normal sebagai seorang manusia. Mahu mempunyai zuriat.
Mahukan hubungan kelamin dan seterusnya. malah kajian-kajian orang Barat mendapati pasangan yang berkahwin lebih mudah berjaya dari sudut kewangan, berbanding dari mereka yang masih bujang.

Nabi Muhammad saw sendiri adalah orang bisnes pada zaman sebelum menjadi Rasul dan berkahwin dengan jutawan pada zamannya, Sayyidatina Khadijah seterusnya terus berjaya mendapat gelaran al-Amin (pangkat seperti Dato/Tan Sri/Tun) oleh masyarakat Mekah ketika itu.

Hadis lain juga ada menyebut faktor harta menjadi sebab seseuatu perkahwinan. maka jika kita mendapat pasangan yang menjaga agama, cantik, keluarga yang baik-baik dan berharta maka kita mendapat kombinasi yang paling lengkap.

Ulama menyebut 4 perkara di atas sebagai faktor sekufu atau secara mudahnya sama taraf. faktor agama adalah yang terbaik tetapi kombinasi agama, dan 3 faktor yang lain adalah jauh lebih baik.

5 Perkara Sekufu Dari sudut Harta
Berikut adalah 5 perkara mengenai sekufu dari sudut harta yang kita perlu lakukan dalam proses perkahwinan seterunya dapat mengelakkan beban hutang perkahwinan selepas menjadi raja sehari.

#1 - Minda Financial Freedom
Kita dan pasangan perlu sama-sama mempunyai misi mencapai financial freedom (bebas wang). Perkara ini adalah amat penting kerana apabila sudah berkahwin banyak perbelanjaan rumah tangga perlu dikongsi bersama.
Perbelanjaan rumah, kereta, percutian, anak-anak dan seterusnya. Satu soalan penting yang dapat kita tanya adalah:
"Adinda, sudikah adinda menaiki kereta buruk berasap hitam dan berbunyi-bunyi terlebih dahulu, selama 7 tahun selepas tempoh perkahwinan kita?"
Lihat apa respon bakal pasangan kita. Sekiranya pasangan kita tidak kisah tentang kelihatan "miskin" dalam tempoh 5 hingga 7 pertama perkahwinan, maka kita dapat terus ke 4 perkara yang lain.

#2 - Sederhana Dalam Kenduri
Dalam urusan perkahwinan, kita kurang memikirkan "Aku tidak mempu," tetapi minda kita menjadi "Bagaimana untuk mampu?". Justeru berhati-hati dan jangan mengikut emosi "Raja Sehari"
Betul, Nabi SAW sebut mengadakan kenduri perkahwinan adalah satu sunnah. buatlah walaupun sekadar menjamu seekor kambing. Dalam masayarakat Arab, jamuan seekor kambing adalah satu jamuan yang kecil.
Dalam masyarakat kita, seekor kambing dapat menampung kira-kira 40 hingga 60 orang tetamu. kenduri perkahwinan itu adalah sunnah. Namun membazir adalah amalan syaitan.

#3 - Mas Kahwin dan Hantaran
Salah satu rukun nikah adalah mas kahwin. Ia adalah hak sepenuhnya penganting perempuan. Berbincanglah dengan baik sesama pasangan.
Manakala yang menjadi bebanan khususnya di pihak lelaki adalah mengenai duit hantaran dan dulang-dulangnya. barangkali sudah masanya kita memperkenalkan budaya baru.
Apa kata kita meminta hantaran dibuat dalam bentuk simpanan emas, saham ayau saham amanah. Tidak ketinggalan perlindungan lengkap takaful.
Buku mengenai pengurusan kewangan, bisnes dan pelaburan atau pakej ke seminar-seminar berkaitan kewangan.
Perkahwinan adalah perjalanan yang panjang sampai ke syurga. Bukan hanya untuk satu hari. Salah satu punca kebahagian perkahwinan adalah bagaimana suami-isteri menguruskan pendapatan isi rumah mereka.

#4 -  Jangan Menggatal Kalau Tidak Berduit

Perkara kedua dan perkara ketiga adalah perkara yang berkaitan budaya masyarakat kita dan mengambil masa untuk berubah. Kita sepatutnya memudahkan proses perkahwinan dan bukan terikut-ikut dengan orang lain khususnya apabila melihat betapa 'glamour'nya kelompok artis berkahwin.

Tajaan bernilai jutaan ringgit. Hotel 5,6 bintang. hantaran berpuluh ribu ringgit. Sekiranya mampu tiada masalah.

Namun jika kita tidak tergolong dalam golongan yang mampu untuk berkenduri kendara seperti itu, maka mulalah menyimpan seawal mungkin.

Duit PTPTN misalnya bukan digunakan untuk membeli telefon bimbit, tablet, laptop yang paling canggih tetapi simpanlah sebahagiannya. jangan aniaya anak dara orang kalau sekadar mahu seronok berpacaran, tetapi dalam hati tidak ada niat untuk menikahinya secepat mungkin.

Ya, dalam kos perkahwinan hari ini mencecah RM20,000 hingga RM30,000 untuk perkahwinan yang biasa-biasa. Adakah membuat pembiayaan peribadi untuk perkahwinan dan ia hanya selesai selepas anak kita berumur 7 tahun menjadi pilihan utama?

#5 - Sewa Rumah Sahaja

Selain bersetuju untuk menaiki kereta buruk untuk tempoh 5 hingga 7 tahun pertama, pasangan kita juga patut bersedia untuk duduk di rumah sewa sahaja dalam tempoh tersebut.

Rumah sewa yang biasa-biasa sahaja, 3 bilik tidur dan dua bilik air. Apartment yang sekitar 1,000 kaki persegi sahaja luasnya. Kos memiliki rumah pertama hari ini adalah amat tinggi. Khususnya di lembah Klang. Rumah berharga RM100,000 memerlukan paling kurang RM20,000 tunai untuk membolehkan kita mula duduk (baca: deposit 10%, pasang gril dan kelengkapan asas rumah)

Rumah berharga RM200,000 memerlukan sekitar RM30,000 hingga RM40,000. Berbanding menyewa rumah, barangkali kita cuma perlu berbelanja sekitar 10 hingga 15% sahaja dari kos awal membeli sebuah rumah.
Tips Perancangan Kewangan -
layari : http://majalahniaga.com/ untuk mendapatkan informasi Usahawan

Sabtu, 10 November 2012

RADIKAL BEBAS BOLEH DIATASI DENGAN ANTIOKSIDAN

RADIKAL BEBAS
  • bahan toksik yang dihasilkan sebagai sisa metabolik oleh sel-sel kita
  • ia meragut elekton dari sel-sel sihat
  • menyebabkan kita kelihatan tua lebih cepat
  • meningkatkan risiko kita terhadap pendedahan lain yang meragut kesihatan
  • terhasil melalui pendedahan terhadap pelbagai faktor alam sekitar, asap tembakau dan radiasi
  • jika dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menyebabkan kerosakan pada dinding2 sel, struktur sel tertentu dan bahan genetik dlm sel
  • dalam tempoh panjang, kerosakan sedemikian boleh tidak dapat dikembalikan seperti sediakala dan membawa kepada penyakit.

ANTIOKSIDAN
  • adalah klasifikasi beberapa bahan organik termasuk vitamin C, E, Beta karotena (yang bertukar menjadi vitamin A seperti yang diperlukan) dan satu kumpulan yang dikenali karotenoid
  • Karotenoid adalah beta karotena paling popular. Karotenoid adalah pigmen yang menambah warna kepada banyak buah-buahan dan sayur-sayuran- tanpanya, karot tidak akan berwarna oren
  • Bersama-sama sebagai antioksidan yang dianggap berkesan dalam membantu mencegah penyakit, ia bertindak menyahaktifkan partikel tertentu yang dipanggil RADIKAL BEBAS
FUNGSI ANTIOKSIDAN
  • Pengurus rumahtangga, "mengelap" radikal bebas sebelum ia berpeluang melakukan sesuatu yang berbahaya dalam tubuh badan anda
  • bertindak sebagai "pengaut", membantu mencegah kerosakan sel & tisu yang boleh membawa kepada kerosakan selular & penyakit
  • boleh mencegah kesan karsinogenik pengoksidaan yang mungkin berlaku
  • sesetengah penyelidik mendakwa bahwa orang tua, terutama mereka yang telah mengurangkan pengambilan makanan mereka perlu mengambil antioksidan setiap hari.
SIAPA YANG MEMERLUKAN ANTIOKSIDAN?
  1. ORANG TUA yang kurang mengambil makanan
  2. PENGGUNA ASPIRIN yang kerap
  3. mereka yang kuat MINUM MINUMAN BERALKOHOL
  4. PEROKOK
  5. orang yang SISTEM IMUN NYA LEMAH
  6. PESAKIT JANTUNG & STROK - tahap antioksidan yang tinggi boleh membantu memperlahankan @ mencegah arteri daripada tersumbat, suatu proses rumit yang melibatkan pengoksidaan kolestrol
Pertaruhan terbaik anda ialah...
  • memakan diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin lengkap
  • keledek, karot, bayam, mangga adalah sumber antioksidan yang bagus

VITAMIN ANTIOKSIDAN & FUNGSI

VITAMIN A

MULTI CAROTENE 90sg RM 98.00 
  • Penglihatan - penting untuk penglihatan terutama dalam keadaan lampu yang malap
  • Pertumbuhan & penyembuhan tisu - diperlukan untuk pertumbuhan dan menggalakkan gigi yang sihat. Juga diperlukan untuk memperbaiki tisu & melindungi tisu daripada jangkitan (kecederaan tisu @ pembedahan)
  • Kulit yang sihat - merangsang pertumbuhan lapisan asas sel kulit dan sangat perlu untuk perkembangan & pengekalan tisu
  • Antioksidan - memancang kawasan beroksigen rendah seperti salur darah kecil pada otot





VITAMIN C
BIO C PLUS 100 TAB : RM 58.00



  • adalah antioksidan yang bertindak terutama dalam cecair selular iaitu dibahagian tubuh yang berair seperti plasma darah, cecair peparu & cecair mata, juga diantara sel-sel
  • berkecan untuk menentang pembentukan radikal bebas yang disebabkan pencemaran & asap rokok
  • perlu untuk sistem imun supaya berfungsi dengan sempurna.
  • Vitamin C merupakan vitamin larut air yang perlu diganti setiap hari
  • Fungsi penting Vitamin C :
  • Pembentukan kolagen - kolagen adalah simen biologi yang mencantumkan sel-sel bersama dalam tulang, gigi, gusi, saluran darah dan tisu penyambung. ia juga membantu dalam penyembuhan luka
  • membantu penyerapan zat besi yang membentuk darah anda - darah mengangkut nutrien merentasi sel, ke dalam organ dan tisu
  • sebagai antioksidan - melindungi darah & cecair dibahagian dalam sel daripada serangan radikal bebas
  • menghasilakn semula vitamin E yang dioksidakan - membantu ia kembali ke bentuknya yang aktif
VITAMIN E
LECITHIN-E 150TAB RM80.00
  • adalah vitamin larut lemak yang utama
  • melindungi membran sel
  • penghadang utama terhadap oksidaan
  • melindungi daripada kesan oksidaan
  • melindungi daripada kesan oksidan akibat pencemaran udara seperti asap roko dan radiasi
  • membantu melindungi kulit
  • fungsi penting VITAMIN E :
  • melindungi asid lemak tak tepu yang terletak dalam membran sel & komponen tubuh yang lain daripada serangan radikal bebas.
  • merangsang tindakbalas imun dalam membantu membina ketahanan terhaadap jangkitan
  • mengurangkan tahap teruknya keradangan - seperti sindrom prahaid & peredaran darah yang tidak tetap
  • mencegah penukaran nitrit - dalam makanan di salai, dijeruk dan diawet menjadi nitrosamina dalam perut
  • sangat penting terutama dalam otak dan tisu sistem saraf pusat dan bahagian yang berkaitan dengan oksigen contoh peparu (memberi perlindungan sel)

PERHATIAN !!
  • Menggoreng pada suhu tinggi - musnahkan vitamin E
  • suhu tinggi & pendedahan terhadap oksigen meningkatkan peluang tindakbalas radikal bebas
  • PEROKOK perlu lebih besar vitamin C
  • Asap Rokok menggalakkan tindakan radikal bebas, beban pada pertahanan antioksidan dan mempertingkatkan pendedahan anda terhadap radikal bebas.
  • Cahaya matahari Ultra Ungu dan bahan pencemar udara seperti ozon & nitrogen dioksida menggaalakkan tindakbalas radikal bebas

Ahad, 4 November 2012

Sifat Semula Jadi yang menjadi Punca seseorang itu mengalami STRESS

bercakap tentang STRESS hanya orang gila sahaja yang tidak mengalami stress..

Stress dikenali sebagai reaksi mental/fizikal terhadap semua permasaalah yang kita hadapi dalam kehidupan.

Stress boleh disebabkan oleh sifat semula jadi seseorang itu seperti selalu hendak menang. Setiap perkara mesti dia lebih mengetahui walaupun sebenarnya dia tidak tahu 100% hal itu manakala Orang yang tenang dan relaxs.. kurang mengalami stress.

Orang yang teliti dan cerewet mudah mendapat stress kerana menginginkan segala2nya di dalam pengawalannya dan tidak suka orang ain melakukan kesalahan yang tidak disukai. Apabila apa yang diinginkan tidak menepati apa yang diharapkan, stress itu mudah berlaku.

Sifat semula jadi jika tidak dikawal memang akan mengganggu kehidupan.. bukan hanya kehidupan dirinya sendiri malah kehidupan orang-orang yang rapat dengannya.. contohnya sifat semula jadi seseorang yang suka mendesak dan tidak sabar melakukan segala perkara.. segalanya mesti dilakukan dengan cepat dan dia akan mudah merasa marah apabila apa yang dikatakan tidak dituruti.

Lagi satu sifat seseorang yang mudah mendapat stress adalah sekiranya  seseorang yang mudah merasa risau dalam banyak hal.. di dalam masaalah ini.. tekanan memang amat tinggi

Sifat semulajadi yang lain yang boleh menyebabkan stress adalah :
  •  orang yang suka mencari
  • orang yang mudah bersangka buruk
  • orang yang terlalu serius

Menyertai Seminar Jutawan Industri bersama Dr Azizan Osman

Alhamdulilah..
selesai sudah seminar bersama Dr Azizan Osman (DAO) semalam 3 nov 2012 bersamaan hari Sabtu.. Seminar yang berlangsung setengah hari dari pukul 8.30pg sehingga 12.15tghari memang banyak memberi manfaat kepada saya.. (orang lain.. sendiri pikir la..)

Memang semangat untuk menghadiri seminar tu berkobar2 menghitung hari.. pada malam sebelum tu.. hampir tidak nyenayk tidur kerana bimbang terlajak bangun.. sebabnya perlu bertolak dari rumah pukul 5 pagi.. takut jamed, di meja pendaftaran..

Waktu pendaftaran pada pukul 7 pagi tetapi.. Alhamdulilah saya sampai pukul 6.57pagi. memang awal dan tak ramai lagi yang sampai.. isi form dan menunggu waktu pendaftaran.. Pukul 7.15pagi pendaftaran dibuka dan saya menjadi orang pertama yang berdaftar.. wah!! rasa diri hebat tak? hehehe.. memang seronok kan apabila kita menjadi orang pertama dalam banayak hal..

Selepas proses pendaftaran, perut berkriuk-kriuk meminta makanan untuk diisi. Al maklum tak sempat nak sarapan waktu pergi disebabkan tidak banyak kedai dibuka waktu pagi.. Bila tanya nyan pak guard, beliau kata kedai bukak pukul 10.. aduyai.. tapi beliau menyarankan pergi ke gerai makan di sebelah The Zon. Saya risau jugak kalau terlewat untuk kembali ke dewan tetapi mengenangkan perut yang lapar lebih baik la makan sarapan dulu..

Selepas sarapan, saya pun bergegas ke dewan ternyata apa yang saya baca sebelum ini memang benar berlaku.. orang ramai berpusu2 sehingga penuh ruang pendaftaran.. Aircond yang saya rasakan sejuk pagi tadi.. sudah hilang kedinginannya akibat haba manusia yang terlalu ramai menunggu untuk masuk ke dewan.. (maaf tidak dapat upload foto.. kerana mindset hanya fikir semangat nak attend seminar) memang sangat-sangat-sangat ramai.. saya anggarkan dalam 1500 orang yang hadir..

Apabila pintu utama di buka.. semua masuk ke dewan.. Alhamdulilah saya dapat tempat duduk di bahagian hadapan pentas.. memang memudahkan pandangan..

Pengalaman di seminar, tak banyak boleh saya jelaskan kerana cara DAO memang sangat2 santai.. dan bukannya seperti pakar motivasi yang membuatkan semua orang terlena.. namun penuh dengan manfaat, ilmu dan yang penting apa yang saya harapkan.. saya dapatkan di sini.. segala persoalan di minda kini telah terjawab..

Kongsikan Artikel ini di Facebook anda !!