Khamis, 4 Oktober 2012

Orang Nombor Empat

Orang nombor Empat ini lembih dikenali sebagai seorang perancang kerana dia memang sangat2 suka merancang :
  • seorang yang sangat2 suka merancang, sangat2 suka belajar tetapi kurang bertindak
  • seorang yang sangat bijak
  • seorang yang tidak mudah putus asa
  • seorang yang sangat setia
  • seorang yang rajin berusaha
  • seorang yang susah untuk mempercayai pada hal2 yang kurang logik, dia akan bermula dengan berprasangka buruk dahulu...
  • seorang yang sukakan pada logik dan fakta
  • seorang yang berhati-hati dengan risiko
  • seorang yang agak kedekut dan agak berkira
  • seorang pekerja yang setia.. walau bekerja lebih dari 10 tahun.. tetapi tetap setia...
  • seorang yang sukakan rutin harian.. tak suka ubah2..
orang yang berada di golongan Nombor Empat ini :
  • yang lahir pada tarikh : 4hb, 13hb, 22hb
  • yang lahir pada bulan : April

Selasa, 2 Oktober 2012

Tips Pilih KASUT TERBAIK !!

KASUT ialah produk yang menjadi sentuhan terakhir dalam sesuatu penampilan. Ramai wanita sanggup berbelanja lebih untuk memiliki kasut idaman mereka. namun, tidak ramai yang mengutamakan faktor keselesaannya

Untuk memiliki kasut yang selesa di pakai dan kekal bergaya bila disarungkan, kamu boleh menyemak tip berikut :

1 Kualiti Kasut
Faktor utama yang menjadikan sepasang kasut itu tahan lama ialah kualiti, keselesaan dan dilihat praktikal bila disarung.
  • sebelum mencuba sepasang kasut yang diidamkan, kamu perlu berhati-hati dan memeriksa setiap inci kasut bermula dari bahagian kaki dan tumitnya
  • Jika material yang digunkan adalah kulit, perhatikan di bahagian titik-titiknya. Ia haruslah fleksibel dan elastik, khususnya pada bahagia tumitnya.
 2 'Insole' (Lapik dalam kasut) 
Tahap lain yang harus diperiksa ialah bahagian lapik dalam kasut itu. Pastikan lapiknya dibentuk sehampir yang mungkin dengan kakimu. Ini bagi memastikan keselesaan sewaktu memakainya.
  • tapak kasut juga haruslah anatomi, iaitu seakan2 tapak kaki anda
  • Selain itu, kamu juga harus menitikberatkan lapik kasut itu. kerana, lapik yang gelap boleh meninggalkan kesan kotor pada kaki. Jika kamu menginginkan kasut tersebut, pastikan kamu turut membeli semburan kasut yang bersesuaian
3 Mencuba kasut dengan cara tepat !
Sewaktu mencuba kasut baharu yang ingin dibeli, kamu perlulah mengetahui ukuran kaki kamu dengan tepat. Jadi pastikan kamu mencuba kedua-dua belah kasut itu sebelum membuat keputusan terakhir

4 Mencuba kasut di rumah
Setibanya di rumah, kamu perlu mencuba sekali lagi kasut yang baru dibeli. kaedah ini untuk memastikan  samaada kamu telah membuat keputusan yang tepat atau sebaliknya. sekiranya terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kasut itu, kamu berpeluang untuk mengembalikan atau menukarnya
.
5 Pilih ukuran & rekaan yang tepatPilih lah sepasang model kasut yang "klasik", khususnya dari segi rekaannya. Pastikan ketinggiannya memberi kamu keselesaan dan kesihatanmu.
       jika kamu perlu banyak berjalan, lebih baik memilih kasut yang praktikal dari warna2 natural, tanpa tali atau perincian yang terlalu fancy dan yang paling penting kasut itu bertumit rendah.

6 Pilih kasut bersesuaian dengan ukuran tubuhmu..
sangat penting untuk mempertimbangkan ukuran tubuh ketika memilih kasut. 
  • Perempuan bertubuh besar tidak disarankan untuk memakai kasut dengan tumit 'stilletto'.
  • Wanita yang bertubuh gempal dilihat jauh lebih cantik jika memakai kasut dengan tumit besar dan stabil

JEJAKA & FACEBOOK

Fenomena laman web sosial di alam maya sememangnya menjadi salah satu cara manusia untuk berkomunikasi di antara benua. Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, ia menjadi salah satu alternatif kepada remaja kini untuk menambah kenalan. Mengikut statistik, golongan lelaki boleh dikatakan telah memonopoli laman komuniti sosial facebook. Mungkin Kerana pencipta laman web tersebut iaitu lelaki iaitu Mark Zuckerberg? Antara faktor lain, golongan lelaki  di luar negara menggunakan facebook sebagai perhubungan untuk melakukan aktiviti diluar rumah. fenomena ini membantu golongan ini untuk rajin bekerja dan secara tidak langsung Facebook juga membantu remaja lelaki untuk lebih rajin mencari duit poket.

Pakaian Seksi?? Opps, Tak Perlu Lah....!!!

PENAMPILAN MENCERMINKAN DIRI !!
WALAUPUN KECANTIKAN AMAT PENTING BUAT SEORANG WANITA..
NAMUN PENAMPILAN SEKSI ADALAH TIDAK SESUAI BAGI KITA YANG TELAH DI DIDIK DARI KECIL DENGAN PEGANGAN AGAMA.. TETAPI SUDAH BESAR.. APA YANG DULUNYA MENJADI MAHKOTA YANG AMAT BERNILAI UNTUK DIJAGA RAPI TETAPI KINI.. DIBIARKAN DILIHAT.. DITONTON OLEH SESIAPA SAHAJA..

BAJU NIPIS MENEMBUSI PANDANGAN..
Oh, pasti ada yang gemar memakai pakaian nipis. Di tambah pula dengan pakaian dalam yang berwarna terang! Nak tunjuk pada siapa sebenarnya? Cubalah jangan berpakaian sebegini. Jangan sampai orang silap tengok kamu sebgai perempuan murahan ya!

STRAPPY HEELS BERTALI TINGGI
hah. kamu nak ke mana tu?? nak ke majlis makan malam atau ke kelab malam? ada juga yang berani memakai stappy heels bertali tinggi dengan skirt yang terlau pendek. sudahnya pasti kamu akan menjadi perhatian. Pakailah kasut yang sesuai agar kamu lebih nampak anggun.

SKIRT YANG TERLALU SINGKAT
wah, dari jarak sebatu lagi orang lain boleh perasan kedatangan kamu. Bukan kerana kamu itu sangat menawan tetapi terkejut dengan skirt kamu yang terlalu pendek itu! Nanti kamu sendiri yang tak selesa dan tertarik-tarik skirt itu untuk menutup paha mu. Siapa yang malu?

BAJU BERBELAH DI DADA
kamu mengharap akan ada aura seksi jika berpakaian begini? Mungkin sebelum melangkah keluar bilikmu, fikirkan kembali ke mana arah tujuanmu. Tak perlulah nak menunjukkan dadamu. Silap-silap, bila kamu tertunduk-tunduk di kelas ada pula lelaki lain yang ambil peluang menyaksikan 'pertunjukkan percuma'. Tak malu ke??

Orang Nombor TIGA

Apa yang boleh dikatakan tentang orang nombor tiga nie.. seorang yang Aktif dan tak reti duduk diam selain itu..

  • Apabila dia membuat kerja sememangnya cepat tetapi tidak sempurna
  • seorang yang mudah dikenali dan mudah menjadi popular
  • seorang yang suka mengembirakan orang lain
  • seorang yang mempunyai mulut yang agak 'laser' bila bercakap
  • seorang yang mempunyai keinginan yang agak tinggi
  • seorang yang fleksibel.. boleh menyesuaikan diri di mana sahaja dia berada
  • seorang yang mudah 'excited' tetapi mudah bosan melakukan sesuatu
  • seorang yang mempunyai masalah 'fokus' dalam melakukan pekerjaan
  • seorang yang suka mengikuti edaran perkembangan semasa
  • seorang yang mempunyai daya kreativiti yang amat tinggi
  • seorang yang suka mengkritik
  • seorang yang panas baran
  • seorang yang suka 'control' atau mengawal
 Orang2 yang mempunyai sifat & sikap Orang Nombor Tiga nie :
  • orang2 yang lahir pada tarikh : 3hb, 12hb, 30hb
  • orang2 yang lahir pada bulan : March & December

Orang Nombor Dua

Seorang yang mudah Confuse.. contoh ayat yang menunjukkan orang nombor 2 nie.. Jangan tanya pada dia "Kenapa siput babi berjalan perlahan?" Dia juga confuse yang dia tu babi @ siput.. ini perumpaan yang menunjukkan sikap Nombor 2 yang sukar untuk membuat keputusan. antara sikap lain orang nombor 2 adalah :

  • mudah keliru dan mengambil masa untuk membuat keputusan, keputusannya perlu ada bantuan daripada orang lain untuk membuat keputusan.. cthnya : "jangan tanya dengan orang nombor dua... "Ko nak makan mee goreng ke nasi goreng?" nanti dia tak tahu nak jawab ape...
  • Jangan Beri dia buat pilihan
  • Seorang yang tidak tetap keputusan, bila2 masa sahaja dia boleh tuko apa yg dia telah putuskan..
  • Sangat menyukai kepada kejujuran, kepada yang kurang jujur tu.. sebaik2nya jauhkan diri daripadanya.. kerana dia memang tidak menyukainya..
  • Menyukai kepada kebersihan walaupon dia bukan lah pembersih sangat tapi kebersihan memang buat dia rasa selesa sesangat
  • Dia mempunyai hati yang sangat2 sensitif
  • Seorang yang sangat2 kuat cemburu
  • Sekiranya dia seorang isteri, dia merupakan seorang isteri yang sangat memahami, very understanding gitu..
  • Mudah bercakap dengannya.. kerana dia mudah faham apa yang diberitahu kepadanya.. senang kata, tahap kefahamannya memang tinggi
  • Selain itu, orang nombor dua nie mempunyai tahap kesabaran yang tinggi jugak.. sehinggakan orang boleh mempergunakannya
  • Seorang yang suka bersimpati dengan orang lain dan mempunyai hati baik sdn bhd.
  • Seorang yang mudah memaafkan orang lain
  • Sikapnya yang lembut, membuatkan dia mudah ditipu oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab.
  • Orang nombor dua nie adalah seorang yang pemalu
  • Apabila dia mengalami kekecewaan, dia akan bermurung sehingga ke tahap yang maximum.
  • Seorang yang mudah berkawan dengannya dan mudah mendapat kawan
  •  
Siapakah orang nombor DUA?
  • Anda yang lahir pada 2hb, 11hb, 29hb
  • Bulan kelahiran.. Februari dan November




Orang Nombor Satu

Dikenali sebagai Pemimpin Semulajadi
  • suka membuat program baru / pembaharuan / revolusi baru
  • seorang yang bijak
  • suka memperhatikan orang, menganalisa orang lain
  • kalau orang tidak mengenalinya, orang akan menganggap dia seorang yang sombong, sebab kalau dia suka.. dia akan suka tetapi kalau dia tak suka, dia tak suka lah..
  • sentiasa berfikiran positif, terlalu positif
  • seorang yang berani dan pantang dicabar 
  • sangat mempercayai bahawa dia akan berjaya atas usahanya sendiri
  • mempunyai sikap sukar untuk mempercayai orang lain
Sikap negatif yang perlu dikawal dan ia adalah salah satu kelemahan orang yang mempunyai nombor satu ini :
  • mempunyai keegoan yang sangat tinggi
  • sikap keras kepala dan sentiasa nak menang
  • mudah merajuk, terasa hati
  • seorang yang tidak pandai menjaga perasaan orang lain
  • terlalu berterus terang tanpa memikirkan pasal orang lain
  • merasakan dirinya sempurna
Nasihat untuk orang nombor Satu:
  • kena banyak belajar menghargai orang lain
  • belajar untuk melafazkan kasih sayang
  • cuba bertolak ansur dengan orang lain
siapakah orang2 yang ada nombor satu?
  • yang lahir pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb,
  • yang lahir pada bulan Januari, Oktober

TIDUR LENA, Badan sihat..

Menurut National Sleep Foundation (NSF), tidur memainkan peranan penting jika seseorang individu inginkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Namun yang demikian, berjuta-juta orang tidak mendapat tidur yang cukup dan ramai yang menderita kerana kekurangan tidur. Kita sering mendengar kata-kata  seperti:
"Semalaman tak cukup tidur tak mengapa, saya akan gantikan tidur saya hari Ahad nanti...."
atau "Ia hanyalah tidur, hal ini lebih penting...."

Fikiran seperti ini pada dasarnya bermasaalah. Jika kita memandang ringan pada kepentingan tidur, kita akan menyesal pada suatu hari nanti. Di samping mengejar kekayaan, kita tidak harus mengabaikan keperluan asas badan ini. Jika kualiti tidur tidak dijaga dalam tempoh masa yang berpanjangan, kesihatan badan pasti akan terjejas, mahupun mendatangkan kematian.


Kulit Cantik Rahsia Peribadi WANITA

"Kecantikan rupa paras serta kulit amat penting kepada setiap wanita yang mementingkan penjagaan dan penampilan menarik setiap hari.

kini perbagai cara boleh dipraktikkan untuk memperbaik pulih kulit anda agar kelihatan menawan. Bukan sahaja kecantikan luaran sahaja perlu dijaga, kecantikan dalaman juga amat penting sekali. anda perlu memotivasikan diri agar sentiasa cantik dari segala aspek agar kehidupan seharian dapat diteruskan dengan lebih yakin.

Isnin, 1 Oktober 2012

WALAU JAUH HATIKU TETAP PADAMU..

Allah swt berfirman yang bermaksud:
"dan Dia menyempurnakan untukmu nikmat-Nya zahir dan batin."
termasuk nikmat khusus dan yang umum, berkaitan dengan urusan dunia dan akhirat, keluarga, harta, dan yang berkaitan dengan potensi, jiwa dan raga. [surah Luqman, ayat 20]

singkirkan perasaan ragu-ragu anda dalam perhubungan jarak jauh walaupun sudah mengikat ikatan sebagai suami isteri. Usah biarkan diri anda dibelenggu dilema negatif ini.

Keyakinan dan kesetiaan pada pasangan perlu dipertingkatkan dalam usaha mengeratkan perhubungan suami isteri. Status 'hubungan jarak jauh', seorang di selatan dan seorang lagi di utara, atas tanggungjawab kerja yang dijalankan bukanlah penyebab utama untuk anda berlaku curang!!

Sebaliknya, ketahanan diri, kesetiaan serta kejujuran dalam perhubungan adalah penting untuk memiliki minda positif yang seterusnya mengeratkan perhubungan yang mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

APABILA JODOH Semakin Dekat...

Ketahui tanda2nya...

1Bersahaja
cube tengok si dia... cara dia berpakaian, cara dy cakap, cara dy ketawa, cara dy makan dan minum. Adakah spontan dan x terkawal atau nampak pelik? kalau dia tak selesa dgn gayanya.. confirm.. dy hanya lah berlakon jerk.. kadang2 kita dapat mengesan bila orang tu juz berlakon jerk.. tetapi jika si dia tampil bersahaja... dan tak dibuat2.. maka dia lah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2 Senang Bersama
walaupon anda salu ngn si dia.. xde rasa bosan, jemu ataupon tertekan.. Semakin hari semakin sayang kepadanya... Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan..
3 Membawa anda mengenali keluarganya dengan lebih rapat
Wah.. kalau dah samapai bawa jumpe family lagi.. memang lah nampaknya.. dy serius dengan anda.. Ikatan ingin diakhiri  dengan ikatan pernikahan yang sah.
4 Berkongsi Suka Duka
ikatan yang ikhlas dan serius gitu... akan bermula dengan berkongsi cerita dan saling memahami.. saat melaar yg semakin hampir.. membuatkan si dia ingin anda memahami diri nya dan keluarganya..
5 Menerima kelebihan dan keburukan kamu
si dia tidak mempertikaikan kelemahan anda.. malah dia akan menasihati dengan cara yang baik agar tidak menyinggung perasaan anda.. ini menunjukkan dia ingin meletakkan anda sebagai permaisuri hatinya..
6 Kata Hati    
ini lah yang paling penting.. dengarlah kata hati anda sendiri. Kadangkala manusia di kurniakan Allah deria ke enam yng dapat merasai dan memahami pasangan. Dengan deria batin ini, kita saling dapat tahu perasaan masing2..

SIKAP lelaki Apa Isi hatinya?

Nak tahu cammane sikap pasangan kita yang kita cinta bebenor selama ini?
jom kita semak, supaya kite tidak makan hati dengan perangai lelaki :
1 ELAKKAN SYAK WASANGKA
cube kenal hati dan perasaan pasangan kita tu.. elakkan perasaan negatif kita yang akan mengeruh lagi hubungan anda dgn si dia.. sekiranya anda tanye ngan  si dia ape yg dia pikirkan, dan dia juz jawab "tiada apa2" itu tandanya memang la xde ape2.. dan dia cakap benar..
2 SUKA BERTERUS TERANG
sikap wanita yang suke berterus terang.. memang menyenangkan lelaki. Tak perlu guna ayat2 kiasan dengan penuh hiasan kata2.. sebb lelaki memang susah nak faham.. berterus terang saja ape yang anda inginkan.. senang dan mudah untuk lelaki faham.
Tak kisah sebenarnya kalau anda marah dan meluahkan apa yang anda suka n tak suka, sebab dengan cara begitu mampu mengeratkan lagi anda berdua.. 
3 SUKA MENYELESAIKAN SEGALA MASALAH YANG HADIR
oleh disebabkan rasa kasih dan sayang kepada anda malah rasa tanggungjawab terhadap anda.. lelaki memang akan sedaya upaya menyelesaikan masalah anda dan ia akan  menjadi keutamaan. walaupun dia tidak mengiya atau menidakkan kata2 anda.. tetapi.. di fikirannya ligat memikirkan bagaimana menyelesaikan  segala masalah anda.
 4 SUKA DILAYAN SEPERTI TEMAN, SAHABAT DAN INSAN YANG DISAYANGI
Walaupon lelaki nampak gagah n macho gitu..dan kekadang agak serius ataupon garang, hakikatnya jiwa lelaki mudah tersentuh dengan sentuhan kelembutan seorang wanita.
5 PERLAKUANNYA MENGGAMBARKAN ISI HATINYA
kata-kata lelaki yang boleh kita percayai lah berdasarkan setiap apa yang dilakukan. sekiranya si dia suka memberikan anda jambangan bunga, itu menggambarkan cintanya pada anda tidak pernah pudar dan sentiasa mekar di hati serta ingatannya..