Untuk memiliki kasut yang selesa di pakai dan kekal bergaya bila disarungkan, kamu boleh menyemak tip berikut :
1 Kualiti Kasut
Faktor utama yang menjadikan sepasang kasut itu tahan lama ialah kualiti, keselesaan dan dilihat praktikal bila disarung.
- sebelum mencuba sepasang kasut yang diidamkan, kamu perlu berhati-hati dan memeriksa setiap inci kasut bermula dari bahagian kaki dan tumitnya
- Jika material yang digunkan adalah kulit, perhatikan di bahagian titik-titiknya. Ia haruslah fleksibel dan elastik, khususnya pada bahagia tumitnya.
Tahap lain yang harus diperiksa ialah bahagian lapik dalam kasut itu. Pastikan lapiknya dibentuk sehampir yang mungkin dengan kakimu. Ini bagi memastikan keselesaan sewaktu memakainya.
- tapak kasut juga haruslah anatomi, iaitu seakan2 tapak kaki anda
- Selain itu, kamu juga harus menitikberatkan lapik kasut itu. kerana, lapik yang gelap boleh meninggalkan kesan kotor pada kaki. Jika kamu menginginkan kasut tersebut, pastikan kamu turut membeli semburan kasut yang bersesuaian
Sewaktu mencuba kasut baharu yang ingin dibeli, kamu perlulah mengetahui ukuran kaki kamu dengan tepat. Jadi pastikan kamu mencuba kedua-dua belah kasut itu sebelum membuat keputusan terakhir
4 Mencuba kasut di rumah
Setibanya di rumah, kamu perlu mencuba sekali lagi kasut yang baru dibeli. kaedah ini untuk memastikan samaada kamu telah membuat keputusan yang tepat atau sebaliknya. sekiranya terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kasut itu, kamu berpeluang untuk mengembalikan atau menukarnya
.
5 Pilih ukuran & rekaan yang tepatPilih lah sepasang model kasut yang "klasik", khususnya dari segi rekaannya. Pastikan ketinggiannya memberi kamu keselesaan dan kesihatanmu.
jika kamu perlu banyak berjalan, lebih baik memilih kasut yang praktikal dari warna2 natural, tanpa tali atau perincian yang terlalu fancy dan yang paling penting kasut itu bertumit rendah.
6 Pilih kasut bersesuaian dengan ukuran tubuhmu..
sangat penting untuk mempertimbangkan ukuran tubuh ketika memilih kasut.
- Perempuan bertubuh besar tidak disarankan untuk memakai kasut dengan tumit 'stilletto'.
- Wanita yang bertubuh gempal dilihat jauh lebih cantik jika memakai kasut dengan tumit besar dan stabil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.